Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) merupakan salah satu daripada pihak berkuasa universiti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia. Anggota, kuasa dan tatacara ditetapkan oleh statut. Istilah JKPU digunapakai pada 1 Januari 2011 menggantikan istilah Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) pada tahun 2000 hingga 2010. JKPU tidak meluluskan perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa di bawah Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Senat Universiti. Namun, JKPU boleh membincangkan untuk membuat perakuan atau membuat pengesyoran atau mengambil maklum bagi sesuatu perkara.

Jawatankuasa hendaklah menasihati Naib Canselor di dalam menjalankan kuasa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik, pengurusan dan hal ehwal harian universiti selaras dengan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Naib Canselor mengikut Perlembagaan atau mana-mana Statut, Kaedah dan Peraturan.

Keahlian Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah berdasarkan kepada Seksyen 23. (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia seperti berikut:

  1. Naib Canselor sebagai Pengerusi;
  2. Semua Timbalan Naib Canselor;
  3. Pendaftar;
  4. Bursar;
  5. Ketua Pustakawan
  6. Penasihat Undang-Undang;
  7. Mana-mana Pegawai lain yang dilantik oleh Naib Canselor.
  1. Dasar dan Peraturan
  2. Operasi
  3. Kewangan
  4. Perundangan
  5. Kemudahan Fasiliti dan Pembangunan Fizikal
  6. Penyelidikan dan Inovasi
  7. Kebajikan dan Keselamatan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti bersidang setiap minggu tertakluk kepada perubahan tarikh oleh Pengerusi.

  • 1 orang Pengerusi; dan
  • Sekurang-kurangnya 1 orang Timbalan Naib Canselor; dan
  • Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan keseluruhan Ahli

Pejabat Naib Canselor
Jabatan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia