Pengenalan
Bermula 28 Januari 2015, semua kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi perjalanan ke luar negara atas urusan rasmi. Perkara ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan sumber dan langkah penjimatan untuk mengawal perjalanan ke luar negara.
Urusan bagi permohonan perjalanan ke luar negara bagi urusan rasmi boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan, mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan, Bendahari dan Naib Canselor seterusnya salinan asal borang beserta dokumen berkaitan perlu dihantar kepada Pejabat Naib Canselor dalam tempoh 40 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.
Perjalanan atas tugas rasmi yang tidak mendapat kelulusan akan dihalang daripada mendapatkan:
- Permohonan perlindungan insurans daripada Universiti;
- Permohonan elaun pakaian panas;
- Tuntutan perjalanan ke luar negara; dan
- Lain-lain.
Prosedur Permohonan
Borang Permohonan
No. | Dokumen | Pautan |
---|---|---|
1 | Borang Permohonan Ke Luar Negara Bagi Tugas Rasmi |
|
2 | Surat Iringan (Cover Letter) Permohonan Kelulusan Ke Luar Negara bagi Tugas Rasmi |
Contoh Pengisian Borang dan Surat Iringan
No. | Dokumen | Contoh |
---|---|---|
1 | Borang Permohonan Ke Luar Negara Bagi Tugas Rasmi |
|
2 | Surat Iringan (Cover Letter) Permohonan Kelulusan Ke Luar Negara bagi Tugas Rasmi |
Rujukan

