The Black Widow dinobat sebagai Juara Keseluruhan SUFA 2023!

Home/Aktiviti/The Black Widow dinobat sebagai Juara Keseluruhan SUFA 2023!

NILAI- The Black Widow Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah berjaya memenangi gelaran Juara Keseluruhan SUFA 2023, mencatat kemenangan terbesar sejak capaian cemerlang pada tahun 2009 yang lalu.

Kemuncak kejohanan berakhir malam tadi di Kompleks Sukan Tuanku Najihah dengan menyaksikan FBeast gabungan (Fakulti Sains dan Teknologi & Fakulti Kejuteraan Alam Bina) rangkul Naib Johan, manakala Tempat Ketiga jatuh kepada pasukan The Eagle Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

 

SUFA 2023 menyaksikan kejutan apabila The Black Widow dan FBeast terpaksa ditentukan dengan pungutan pingat terbanyak apabila kedua-dua pasukan berkongsi 112 mata yang sama hingga acara olahraga berpasukan yang terakhir semalam. Juara bertahan tahun lalu 2022 FEM The Eagle terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga  walaupun telah berjaya mengikat kedudukan teratas sehingga saingan fasa kedua.

Penyampaian hadiah dan perasmian penutup dirasmikan oleh Prof Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Share This Story, Choose Your Platform!

2023-11-29T16:55:52+08:00
Go to Top