Nilai, 16 Julai 2026 – Jabatan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Sesi Lapor Diri dan Onboarding Pegawai-Pegawai Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Canselori pada 16 Julai 2026 bertempat di Bilik Perbincangan, Jabatan Canselori.
Sesi ini bertujuan memperkenalkan pegawai-pegawai khas yang baharu melapor diri kepada struktur organisasi, fungsi serta peranan Jabatan Canselori di samping memberi penerangan berkaitan tadbir urus, budaya kerja, etika perkhidmatan dan jangkaan terhadap pelaksanaan tugas masing-masing.
Turut diadakan dalam program tersebut ialah Sharing Session bersama mantan Pegawai Khas Naib Canselor, En. Mohd Saifullah Zulkapli, yang berkongsi pengalaman, cabaran serta amalan terbaik sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Khas. Perkongsian tersebut memberi pendedahan yang bernilai kepada pegawai-pegawai baharu dalam memahami peranan strategik Pegawai Khas sebagai penghubung antara pengurusan tertinggi universiti dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Ketua Jabatan Canselori dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai baharu serta berharap sesi ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.
Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan dua hala yang memberi peluang kepada para peserta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai skop tugas, tatacara pengurusan serta ekspektasi dalam menyokong agenda kecemerlangan dan pengukuhan tadbir urus Universiti Sains Islam Malaysia.