NILAI, 23 Disember 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) baharu iaitu Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, 43 yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2022.

Beliau merupakan pakar dalam Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan), Computer Vision (Visi Komputer) dan Robotics(Robotik) memiliki Ph.D dalam Electronics Engineering dari University of Surrey (UK) dan B. Eng. Electrical dan Electronic Engineering dari University of Salford, UK.

Beliau sebelum ini adalah Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM juga menjawat jawatan Timbalan Pengarah yang pada awalnya memulakan kerjaya sebagai ahli akademik di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tutor pada November 1998.

Kerjaya beliau kemudiannya semakin berkembang sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM pada September 2009 seterusnya menjawat pelbagai jawatan antaranya sebagai Head, Control System Unit, Dept of Electrical and Electronics Engineering, Fakulti Kejuruteraan; Program Manager & Associate Researcher for Intelligent System & Robotics Laboratory, ITMA; Head, Academic Field of Control System, Dept. of Electrical and Electronic Engineering, Faculty of Engineering, UPM; Research Coordinator, Dept. Electrical & Electronic Engineering, Faculty of Engineering UPM; Associate Professor, Faculty of Engineering UPM; Electrical Project Advisor, UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan semasa, beliau merupakan taskforce dalam penilaian Malaysian Research Assessment (MyRA) bagi universiti-universiti awam dan juga taskforce dalam penilaian penarafan Higher Institution Centres of Excellence (Hi-CoE) di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagai seorang ahli akademik, beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal selain penerbitan buku tambahan menyelia lebih daripada 20 pelajar pasca-siswazah dan menyertai lebih daripada 30 persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga memperoleh lebih dari 10 geran penyelidikan. Sepanjang perkhidmatannya beliau pernah menerima pengiktirafan terbesar Best Freestyle Awards, Field Robot Events peringkat antarabangsa pada 2006 selain itu penyertaan di peringkat kebangsaan antaranya Microchip Special Award di MUROC 2011, Best design – Paintball Robot in MUROC 2010, Champion Robogames 2008, Best Design Award dan Best Idea Award, Robocon KL selain beliau turut cemerlang dalam pertandingan rekacipta di peringkat universiti.

Antara lain, beliau turut pernah menganggotai beberapa badan profesional sebagai Executive Committee, Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) Malaysia Section dan Member of IEEE Control Systems Society, IEEE Circuit and System Society and IEEE Communication Society selain merupakan Graduate Member, Board of Engineers Malaysia (BEM).

Dalam satu majlis ringkas merakam waktu masuk rasmi sebagai Timbalan Naib Canselor baharu telah diadakan pada pagi ini di lobi Canselori USIM, ia disaksikan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Ridza Wahiddin; Timbalan Naib Canselor, Pengurusan Kanan dan kakitangan Canselori. Seluruh warga universiti mengucapkan penghargaan kepada Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim yang telah tamat tempoh lantikan.

Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan