Putrajaya, 18 Oktober 2019 – Majlis Penghargaan kepada Mantan Naib Canselor dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan di Dorsett Putrajaya bersempena untuk memberi penghargaan kepada Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad yang telah dilantik sebagai Naib Canselor USIM pada 16 Ogos 2014 hingga 15 Ogos 2019. Selain itu, beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut diraikan.