SEPANG, 8 November 2018 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menganjurkan Bengkel Tanggungjawab dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Baharu Staf Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Mentari 5, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan komponen dalam beban staf yang dinamakan kepada tanggungjawab amanah staf akademik yang berfokus kepada komponen Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian Pelajar.

Bengkel ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) iaitu Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman, Timbalan-Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar, GOAL-ITQAN dan ahli Jawatankuasa Pengukuran Semula Prestasi (JKSPP) USIM yang telah dilantik sebelum ini.

Bengkel ini diadakan bermula pagi sehingga selesai dengan format pembentangan skala pemarkahan sedia ada dan seterusnya pembentangan konsep baharu penilaian bagi komponen pengajaran. Bengkel ini berakhir pada jam 6.00 petang dengan resolusi yang disimpulkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

Disediakan oleh

Faizudin bin Ahmad
Penolong Pendaftar
Jabatan Canselori