Sesi Clock-out Hari Terakhir Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim

//Sesi Clock-out Hari Terakhir Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim

Pada 30 November 2019 merupakan hari terakhir bagi YBhg. Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ketiga. Beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pada 1 Disember 2016 sehingga 30 November 2019 selama genap tiga (3) tahun. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah USIM ‘Alamiyyah pada 2 September 2013 hingga 30 November 2019. Majlis Penghargaan kepada beliau telah diadakan di Executive Lounge dengan dihadiri Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan staf di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

2019-12-02T09:02:17+00:00