Roundtable Discussion (RTD) Penubuhan National Islamic School Network (NISN)

//Roundtable Discussion (RTD) Penubuhan National Islamic School Network (NISN)

NILAI, 17 Oktober 2019 – Pejabat Jabatan Canselori dengan kerjasama Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Roundtable Discussion (RTD) Penubuhan National Islamic School Network (NISN). Program ini merupakan inisiatif daripada USIM untuk meningkatkan peluang melanjutkan pengajian dan laluan kerjaya bagi pelajar aliran Tahfiz dan Pondok untuk menjadi bakal Muslim Professional. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dihadiri oleh Pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri. Pembentang kertas konsep bagi RTD Penubuhan NISN ini adalah Profesor Dato’ Dr. Zulkiple Abd. Ghani, Profesor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan juga Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

2019-12-02T08:55:11+00:00