Visi, Misi & Objektif

//Visi, Misi & Objektif
Visi, Misi & Objektif 2020-09-28T10:45:23+00:00

MOTO

Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa

FALSAFAH

Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu

DEFINISI SAINS ISLAM

Ilmu yang berpaksikan Epistemologi Tauhidik demi manfaat sejagat

VISI

Institusi pendidikan tinggi Sains Islam Ulung

MISI

Menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat

OBJEKTIF

  1. Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara.
  2. Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.
  3. Melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi menerajui pembangunan negara.
  4. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini.
  5. Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat.