Jawatankuasa Anti-Rasuah ditubuhkan di bagi Gerakan Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran

4 Mac 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah Bil. 1/2020, Universiti Sains Islam Malaysia telah diadakan buat pertama kalinya di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Aras 5, Bangunan Canselori. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk memantapkan governans, integriti dan anti-rasuah dalam pentadbiran Universiti Sains Islam Malaysia. Usaha ini merupakan langkah USIM untuk mendukung arahan Kerajaan ke arah usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan.

YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2018 telah mengeluarkan Arahan YAB Perdana No. 1 Tahun 2018 – Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan bagi menggantikan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan.

Objektif utama Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) USIM adalah untuk meningkatkan komitmen universiti dalam membanteras rasuah sekali gus meningkat kan imej USIM, menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran universiti dapat digerakkan dalam persekitaran toleransi terhadap rasuah; dan memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan universiti berteraskan prinsip ketulusan, akauntabiliti serta berdaya saing.

 

Disediakan oleh

Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti
Universiti Sains Islam Malaysia

2020-03-12T11:12:47+00:00