Nilai, 18 November 2021 – Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Muhamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia turut turun padang dengan membawa bahan-bahan buangan rumah beliau yang boleh di Kitar Semula. YBhg Dato’ NC telah juga mendaftar program KITARecycle secara dalam talian melalui sistem SWM Environment dan melekatkan QRCode ke plastik bungkusan sebelum menyerahkan kepada wakil SWM Encik Daniel yang berada di lokasi iaitu di Pusat KITAR Semula di Pusat Islam USIM.
Turut hadir ialah Pengarah C4SS, Pengurus-Pengurus Tugas dan staf-staf USIM yang datang membawa bahan-bahan kitar semula dari rumah masing-masing dan PTj masing-masing.
Projek Kitar Semula di USIM bermula pada tahun 2020 dengan kerjasama SWM di bawah projek PTj Lestari dan Eco Campus yang disertai oleh Go-Green Ambassador USIM.
Sumber: https://web.facebook.com/sustainableusim