Profil Timbalan Naib Canselor

/Profil Timbalan Naib Canselor
Profil Timbalan Naib Canselor 2018-10-21T11:05:01+00:00

Profil

PROFESOR DR. ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Bachelor of Finance with Accounting (University of East London,UK) , Master of Islamic Finance (University of Southampton,UK), Ph.D (University of Southampton,UK)

Fungsi

Merancang pelan strategik dan hala tuju hal ehwal akademik dan antarabangsa Universiti
Menyediakan dasar dan polisi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
Merancang dasar pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa menerusi strategi promosi
Memperkemas struktur dan fungsi pusat tanggungjawab (PTj) di bawah pengawasan akademik dan antarabangsa
Memantau proses pematuhan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bawah pensijilan ISO dan lain-lain
Merancang penyediaan penawaran program akademik baharu
Memantau dan meningkatkan kualiti penawaran program menerusi kajian semula program pengajian

Pusat Tanggung Jawab

Mantan

PROFESOR DATO’ DR. ZULKIPLE ABD. GHANI
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
2015 - 2018
PROFESOR DATO’ DR. MUSA AHMAD
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
2010 - 2014
PROFESOR DATO’ DR. MUHAMAD MUDA
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
2007 - 2009
PROFESOR DATO’ DR. MOHAMED ASIN DOLLAH
Timbalan Rektor Akademik
2004 - 2007
TAN SRI DATO’ SERI PROFESOR DR. ABDULLAH MAT ZIN
Timbalan Rektor Akademik
2000 - 2004

Profil

PROFESOR DATO’ DR. HASSAN BASRI AWANG MAT DAHAN
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
BA Hons (Kuwait), M.Litt (St Andrews), Ph.D (Edinburgh)

Fungsi

Mempengerusikan Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti Pembangunan Pelajar yang akan merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar
Memantau pengurusan aktiviti dan urusan pembangunan pelajar khususnya yang berkait dengan pencapaian Objektif Kualiti Fakulti dan keperluan ISO
Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman yang akan merancang, menyelaras, memantau penyediaan kemudahan kolej kediaman dan pelaksanaan aktiviti pembangunan penghuni kolej kediaman/luar kampus
Mempengerusikan Jawatankuasa Penyelarasan Peraturan Pelajar yang akan merancang, menyelaras, memantau penguatkuasaan peraturan dan kepatuhan pelajar/penghuni kolej kediaman/luar kampus terhadapnya dan menilai keberkesanannya dan mengemukakan apa-apa penambahbaikan
Mempengerusikan Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) yang akan merancang dan menyelaras dasar dan operasi antara sesama Pusat Tanggungjawab dan mengemukakan apa-apa penambahbaikan

Pusat Tanggung Jawab

Mantan

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMED ASIN DOLLAH
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
2007 - 2015
PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD ALIAS
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
2002 - 2007

Profil

PROFESOR DATO’ DR. ROSHADA HASHIM
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
BSc Hons (Salford), PhD (Salford)

Fungsi

Merancang, membangunkan pelan strategik penyelidikan dan inovasi serta mempergiatkan program penyelidikan universiti dengan agensi kerajaan, antarabangsa dan swasta
Mempertingkatkan hubungan kerjasama universiti dan pusat kecemerlangan universiti dengan universiti luar negara, agensi kerajaan dan pihak industri bagi meningkatkan hasil penyelidikan
Mempertingkatkan dan menyelaras jalinan universiti dengan industri dan masyarakat dalam usaha memantapkan lagi kualti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengembangan
Menguruskan secara sistematik dan berkesan hubungan universiti dengan industri dalam bidang konsultansi, pengkomersialan, keusahawanan, perkhidmatan teknikal dan professional
Memantau dan memperkemaskan pengurusan aktiviti penerbitan ilmiah yang berkualiti tinggi untuk disebarkan secara meluas di pasaran dalam negara dan antarabangsa
Memantau, memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti di semua pusat kecemerlangan (CoE) universiti
Memperkemas pengurusan dan meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti universiti

Pusat Tanggung Jawab

Mantan

PROFESOR DATO’ DR. MUSTAFA MOHD HANEFAH
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
2014 - 2016
PROFESOR DATO’ DR. MUSTAFA MOHD HANEFAH
Dekan Penyelidikan dan Inovasi
2010 - 2012
PROFESOR DR. BAHAROM SANUGI
Dekan Penyelidikan dan Inovasi
2010-2010