Soalan Lazim

1. Bagimanakan saya perlu menghantar kertas kerja JKPU?

Kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) perlu disemak oleh Ketua Pengawas Pusat Tanggungjawab terlebih dahulu. Setiausaha Ketua Pengawas PTJ akan memuat naik kertsa kerja ke dalam sistem MyDocs dan Urusetia JKPU akan memasukkan kertas kerja tersebut ke sistem MyMeeting di bawah agenda Ketua Pengawas PTJ tersebut.

2. Perlukan saya menghadiri mesyuarat JKPU untuk membentangkan kertas kerja?

Kehadiran pembentang adalah tertakluk kepada kelulusan Pengerusi JKPU. Sekiranya ahli memerlukan penjelasan lanjut daripada penyedia kertas kerja, pegawai tersebut perlu hadir ke mesyuarat dengan segera.

3. Bilakah mesyuarat JKPU diadakan?

Mesyuarat JKPU diadakan setiap hari Selasa setiap minggu tertakluk kepada pindaan. Sila rujuk urusetia JKPU untuk maklumat lanjut.

4. Perlukah saya mencetak kertas kerja JKPU?

Satu salinan perlu disimpan oleh PTJ tersebut. Salinan yang dihantar kepada Ketua Pengawas PTJ adalah secara softcopy sahaja kerana mesyuarat menggunakan sistem MyMeeting yang mampu menjimatkan penggunaan kertas.


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my