PENGENALAN

Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) merupakan salah satu daripada pihak berkuasa universiti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia. Anggota, kuasa dan tatacara ditetapkan oleh statut. Istilah JKPU digunapakai pada 1 Januari 2011 menggantikan istilah Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) pada tahun 2000 hingga 2010. JKPU tidak meluluskan perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa di bawah Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Senat Universiti. Namun, JKPU boleh membincangkan untuk membuat perakuan atau membuat pengesyoran atau mengambil maklum bagi sesuatu perkara.

FUNGSI

Jawatankuasa hendaklah menasihati Naib Canselor di dalam menjalankan kuasa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik, pengurusan dan hal ehwal harian universiti selaras dengan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Naib Canselor mengikut Perlembagaan atau mana-mana Statut, Kaedah dan Peraturan.

KEAHLIAN

Keahlian Jawatankuasa Pengurusan Universiti berdasarkan Seksyen 23. (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia dan pelaksanaan bagi keanggotaan Jawatankuasa Pengurusan Universiti di USIM adalah seperti berikut:

Seksyen 23. (1) Perlembagaan USIM Keahlian
Naib Canselor, yang hendaklah menjadi Pengerusi; Naib Canselor sebagai Pengerusi
semua Timbalan Naib Canselor;

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Pendaftar Pendaftar
Bursar Bendahari
Ketua Pustakawan Ketua Pustakawan
Penasihat Undang-Undang Penasihat Undang-Undang
mana-mana pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor
 
Pengarah Pembangunan
Pengarah Pusat Komunikasi Strategik
Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri

EXCO JKPU

Exco Jawatankuasa Pengurusan Universiti terdiri daripada:

1 Naib Canselor
2 Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
3 Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
4 Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
5 Pendaftar
6 Bendahari

AGENDA

  • Dasar dan Peraturan
  • Operasi
  • Kewangan
  • Perundangan
  • Kemudahan Fasiliti dan Pembangunan Fizikal
  • Penyelidikan dan Inovasi
  • Kebajikan dan Keselamatan

KEKERAPAN

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti bersidang setiap minggu pada hari Selasa

KORUM

1/2 daripada Ahli dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor perlu hadir

URUSETIA

Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Naib Canselor

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti menggunakan sistem myMeeting bagi penjimatan kertas dan dakwat mesin pencetak


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my