Latar Belakang

Canselori merupakan salah satu unit yang terdapat di bawah Jabatan Canselori yang menempatkan Pejabat Naib Canselor selaku Ketua Eksekutif dan pejabat-pejabat Ketua Perkhidmatan strategik Universiti meliputi Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

Canselori secara umumnya merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam memastikan segala penyelarasan berhubungkait dengan perancangan strategik, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan misi, visi dan objektif Universiti. Fungsi-fungsi utama Canselori Universiti Sains Islam Malaysia adalah sebagaimana berikut:

  • Menginstitusikan pejabat Naib Canselor dan pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor;
  • Menyelaras dan mengkordinasi hubungan di antara  Pejabat Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor dengan pusat tanggungjawab, pemilik taruh serta masyarakat awam;
  • Mengurus dan membantu memudahkan (facilitate) segala urusan, kemudahan dan hospitaliti Naib Canselor serta Timbalan-timbalan Naib Canselor;
  • Bertanggungjawab menjaga hal ehwal KERAHSIAAN institusi dalam apa jua keadaan dan situasi.

 


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my