Generasi Unggul

"Bertunjangkan Visi, Misi dan Matlamatnya, USIM akan terus bertekad terbilang, mengilhamkan para mahasiswa dan stafnya untuk lahir sebagai generasi unggul. Kemudian mereka ini pula akan menjadi ilham dan contoh kepada masyarakat untuk memupuk budaya Wasatiyyah, iaitu budaya kecemerlangan, adil dan seimbang, dalam apa jua usaha dan kegiatan bagi mencapai Maqasid as-Syari’ah"

Matlamat Universiti telah menyatakan dengan jelas iaitu antaranya, untuk melahirkan ilmuwan berpendidikan sepadu yang mampu memimpin masyarakat majmuk untuk menerajui pembangunan negara dan membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan dunia sejagat.

Berpandukan kepada matlamat ini USIM telah menggerakkan usaha untuk membina dan melahirkan Generasi Unggul, iaitu staf dan graduan yang mempunyai sifat bersedia berbakti dengan taat dan berbuat baik, selaras dengan firman ALLAH s.w.t dalam Al-Quran (Al-Mutaffifin 83: 22 dan Al-Infitar 82:13) yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam syurga yang penuh nikmat".

Mahasiswa dan kakitangan USIM akan dipupuk dengan sifat-sifat unggul iaitu sifat suka berbakti dengan taat dan suka membuat amal kebajikan. Mereka ini adalah golongan yang suka memberi berbanding menerima (tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah), suka menyumbang berbanding menuntut sumbangan, mendahulukan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri, “constructive" berbanding “destructive", mencari kebaikan orang berbanding mencungkil keburukan orang, ikhlas berbanding “opportunistic", dan positif berbanding negatif. Golongan ini akhirnya akan lahir sebagai “insan berjiwa besar", bersifat “wasatiyyah" dan “industry and society ready".


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my