EMPAT UNIVERSITI KERJASAMA ANJUR SEMINAR SERANTAU INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM (SeIPTI 2015)

GONTOR, INDONESIA, 12-13 Disember 2015 - Seminar Serantau Institut Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) 2015 telah diadakan pada di Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor, Indonesia. Program yang memasuki tahun ke-3 yang dianjurkan secara bersama antara empat buah universiti asean iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia, UNIDA (Indonesia), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Fatoni University, Thailand.

Rombongan dari USIM yang diketuai oleh Naib Canselor , Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan juga 14 orang pembentang  yang terdiri daripada tenaga pengajar USIM.

Seminar ini bertemakan “Integration of Contemporary and Islamic Knowledge in Islamic Universities” di mana pengucaptama dari USIM telah disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad yang bertajuk ‘Pendekatan Sains Dalam Pendidikan Islam : Aspirasi Integrasi Ilmu Naqli-Aqli USIM”. Antara perkara yang disentuh oleh beliau adalah tentang usaha USIM dalam mengintegrasikan ilmu naqli-aqli sebagai satu pendekatan dalam melahirkan ilmuwan yang berpengetahuan luas, berketerampilan dan seimbang dengan tuntutan duniawi dan ukhrawi.  Katanya lagi, kerjasama antara institusi pengajian tinggi Islam yang dimeterai selama ini sangat penting bagi memastikan satu penghasilan model integrasi yang baik.

Pada sebelah petang pula, satu mesyuarat tertutup telah diadakan antara Jawatankuasa Tertinggi keempat-empat Universiti sebagai rakan penganjur, di mana beberapa persetujuan telah dicapai iaitu SeIPTI ke-4 akan diadakan di University Fatoni, Thailand yang dijangka diadakan pada Disember 2016.


Disediakan oleh,


ALFAIZ MD. SALLEH
Penolong Pendaftar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Jabatan Canselori


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my