Latar Belakang

Home/Info Korporat/Latar Belakang
Latar Belakang2018-11-25T21:28:07+08:00

Pengenalan

Jabatan Canselori merupakan Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang penting bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia menempatkan pejabat utama pengurusan Universiti seperti Bilik Canselor, Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pejabat Naib Canselor selaku Ketua Eksekutif dan pejabat-pejabat Ketua Perkhidmatan strategik Universiti meliputi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Jabatan Canselori secara umumnya bertanggungjawab dalam menguruskan perkara berkaitan dengan agenda menjayakan visi, misi dan matlamat Universiti. Pada masa yang sama Jabatan Canselori memainkan peranan sebagai pusat operasi dalam merangka polisi, perancangan strategik Universiti dan menyusun pelan hala tuju Universiti. Jabatan ini memayungi pelbagai PTJ lain mengikut portfolio yang wujud di USIM dalam aspek pemantauan dan pelaksanaan perancangan yang telah diaturkan oleh pengurusan Universiti.

Bangunan Canselori ini menjadi mercu tanda USIM kerana bangunan ini boleh dilihat daripada laluan Lebuhraya Utara-Selatan. Lokasi bangunan Canselori yang berhampiran dengan Kompleks Islam Tuanku Mukhriz (KITM), Perpustakaan dan juga bangunan fakulti-fakulti di sekelilingnya. Secara falsafahnya pula, ia bangunan Canselori menggambarkan pentadbiran. Manakala bangunan Perpustakaan menggambarkan ilmu KITM menggambarkan agama. Tiga elemen ini iaitu pentadbiran, ilmu dan agama penting dalam melahirkan warga USIM yang holistik dan seimbang samada di peringkat duniawi mahupun ukhrawi. Konsep ini memberikan impak besar kepada warga Universiti yang diterapkan dengan nilai Naqli dan Aqli bagi membantu menjadikan USIM sebagai sebuah Kampus Barakah.

Rekabentuk Luaran

  1. Konsep rekabentuk mengambil kira hubungan manusia dengan Pencipta berasaskan tauhid, hubungan dengan alam (mesra alam) dan hubungan sesama manusia (mesra pelanggan)
  2. Reka bentuk yang menarik, mempunyai nilai estetika Islam, unik dan kontemporer (tidak mudah out of date), simple, canggih dan pintar
  3. Rekabentuk yang sesuai dengan kedudukannya di kawasan tingi dan dapat dilihat dari semua sudut keseluruhan kampus.
  4. Kedudukan bangunan yang menghadap arah kiblat bagi mencerminkan penghayatan konsep ubudiah dalam setiap rekabentuknya.

Persekitaran

  1. Mempunyai landskap yang menarik berkonsepkan seni taman seperti bouvelard yang terjajar daripada pintu masuk utama hingga ke bangunan pentadbiran, mempunyai laman landskap yang berintegrasikan dengan lorong pejalan kaki (pedestarian walk)
  2. Mempunyai dataran yang luas dan indah dengan dibina mercu tanda university serta mempunyai elemen air yang berkonsepkan water cascade bagi menyejukkan kawasan dan memperlihatkan estetika/keindahan kampus.

Sejarah Pembangunan

Mengikut sejarah USIM, Jabatan Canselori bermula di bangunan Institut Profesonal Baitulmal (IPB), Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun 2000 sebelum berpindah ke Bangunan Menara A, Pandan Indah pada 2001. Pada tahun 2005, USIM telah berpindah ke Kampus Tetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan Jabatan Canselori menggunakan premis di bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Jabatan Canselori berpindah ke bangunan Canselori pada tahun 2008.

Go to Top