JUMAAH PROFESOR UNIVERSITI

OBJEKTIF

Jumaah Profesor Universiti (JPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditubuhkan sebagai satu badan yang dilibatkan (engage) secara langsung dengan Naib Canselor sebagai kumpulan pemikir (think tank) strategik yang bertanggungjawab memberi idea, menyusun strategi, menasihat dan membuat pengesyoran untuk menambahbaik serta mengukuhkan kedudukan USIM sebagai institusi pendidikan terkemuka berdasarkan falsafah, misi dan bidang tujahan (niche) iaitu integrasi ilmu naqli dan aqli.

FUNGSI

Bagi mencapai objektif penubuhannya, secara khususnya JPU akan berfungsi sebagaimana berikut:

1. Menyumbang idea bagi pemantapan haluan strategik Universiti bersabit komponen-komponen utama iaitu:
  • Akademik
  • Penyelidikan dan Inovasi
  • Hubungan Luar
2. Membantu Universiti menerusi kepakaran akademik dan profesional bagi membincang/membahaskan secara ilmiah aspek yang perlu digerakkan oleh USIM untuk muncul sebagai peneraju integrasi ilmu naqli dan aqli. 
3. Membantu Universiti menerusi pengetahuan dan kepakaran bagi mengukuhkan aspek pengurusan institusi, khususnya berkaitan kelestarian kewangan.
4. Peranan check and balance bagi memastikan halatuju Universiti selari dengan aspirasi Kementerian.
5. Berfungsi sebagai mentor kepada ahli akademik.  

 

Catatan:

Fungsi JPU adalah jelas iaitu sebagai badan yang memberi cadangan dan nasihat, menyumbang input kepakaran dan membuat pengesyoran. Bagi melaksanakan setiap cadangan, nasihat serta syor, referendum perlu diserahkan kepada NC untuk diteliti, NC seterusnya menyalurkan referendum kepada Pihak Berkuasa Universiti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk memutuskan pelaksanaannya (implementation).

  • Memberi idea dan penasihatan untuk memantapkan program akademik dari segi kurikulum, kerelevanan program dengan pasaran, isu akreditasi dll
  • Memberi idea dan penasihatan untuk mengukuhkan aspek R&D, Pengkomersialan, penerbitan dan yang berkaitan dengannya
  • Memberi idea dan penasihatan berhubung strategi meluaskan jaringan strategik dengan pihak luar (tempatan dan antarabangsa) berdasarkan networking professor itu sendiri
  • JPU perlu mahir dan well versed dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025
  • JPU berperanan untuk mewujudkan program mentoring kepada ahli akademik junior

GOVERNAN DAN STRUKTUR

  1. JPU adalah jawatankuasa khas dan bebas di bawah Naib Canselor
  2. JPU dianggotai secara automatik oleh semua profesor warganegara USIM yang bertaraf tetap dan kontrak {samada contract of service atau contract for service}.
  3. JPU mempunyai barisan pengurusan tertinggi untuk mengatur dan menyelaras perjalanannya.

EXCO JPU terdiri daripada
  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Timbalan Setiausaha
  5. 5 ahli Exco

 

Catatan:

  1. EXCO JPU dilantik oleh NC menerusi undian daripada ahli-ahli JPU.
  2. Tempoh memegang jawatan EXCO adalah selama dua tahun (pelantikan terbatal serentak pada tarikh penamatan kontrak di perkhidmatan hakiki – bagi kes profesor yang berstatus kontrak).
  3. Mengambil contoh governan MPN terkini yang menjadi agensi bebas yang dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan dan direct dengan PM. Melapor terus dengan PM (Perjumpaan 2 bulan sekali).
  4. Dicadangkan JPU tidak diletakkan di bawah JKPU kerana ahli JKPU bertaraf Prof juga boleh menjadi EXCO JPU (rujuk cadangan seperti 4 (iii)
  5. Model MPN: anggota adalah terdiri daripada professor tempatan sahaja kerana objektif adalah untuk agenda Negara dan isu-isu strategic/sulit Negara. USIM perlu menetapkan samada anggota terhad warganegara sahaja atau sebaliknya.
  6. Mengambil model pelantikan Dekan Fakulti

KEWANGAN

Peruntukan kewangan dibajetkan serta diletakkan di bawah Belanja Mengurus Pejabat Naib Canselor.

TATACARA MESYUARAT

  1. Mesyuarat JPU diadakan tiga bulan sekali.
  2. Mesyuarat NC dengan EXCO JPU diadakan tiga bulan sekali.
  3. Perjumpaan NC bersama JPU dua kali setahun.

Catatan:

  1. Isu perbincangan mesyuarat samada top down atau bottom up.
  2. NC kenalpasti isu dan minta dibincang/dibahas di peringkat JPU. Dalam hal ini, NC memanggil Pengerusi JPU dan memaklumkan isu berkenaan.
  3. JPU menjuarai (championing) isu-isu kritikal/strategik dan mengemukakan referendum perbincangan kepada NC. Dalam hal ini, Pengerusi seharusnya mempunyai network yang rapat dengan NC, memahami hasrat NC, dan Pengerusi menterjemahkannya menerusi perbincangan di dalam JPU.

KEY PERFORMANCE INDICATOR

Mengadakan sekurang-kurangnya dua hard talk akademik setahun untuk idea baru kepada Universiti.

KEAHLIAN

1 Profesor Dr. Abdul Samat Musa
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
2 Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
3 Profesor Dr. Bachok M. Taib
Fakulti Sains dan Teknologi
4 Profesor Dr. Kamaruzaman Seman
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
5 Profesor Emeritus Dato' Dr. Wan Mohamad Nasir Wan Othman
Fakulti Pergigian
6 Profesor Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
7 Profesor Dr. Norita Md. Norwawi
Fakulti Sains dan Teknologi
8 Profesor Dr. Nooriah Mohamed Salleh
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
9 Profesor Dato' Dr. Zulkiple Abd. Ghani
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
10 Profesor Dr. Rosalina Abdul Salam
Fakulti Sains dan Teknologi
11 Profesor Datin Dr. Che Ilina Che Ishak
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
12 Profesor Datuk Dr. Ainoon Othman
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
13 Profesor Dr. Hayati Abd Rahman
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
14 Profesor Dr. Zainal Abidin Mohamed
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
15 Profesor Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
16 Profesor Dato' Dr. Roshada Hashim
Fakulti Sains dan Teknologi
17 Profesor Ar. Zuhairuse Md Darus
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
18 Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
19 Profesor Dato' Dr. Wan Omar Abdullah
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
20 Profesor Dr. Rozhan Mohammed Idrus
Fakulti Sains dan Teknologi
21 Profesor Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
22 Profesor Dr. Fauzias Mat Nor
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
23 Profesor Dr. Amir Husin Mohd Nor
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
24 Profesor Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
25 Profesor Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
26 Profesor Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
27 Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
28 Profesor Dr. Karsono Ahmad Dasuki
Fakulti Sains dan Teknologi
29 Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad
Fakulti Sains dan Teknologi
30 Profesor Emeritus Dr. Jalani Sukaimi
Fakulti Sains dan Teknologi
31 Profesor Dato' Dr. Mahmud Mohd Nor
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
32 Profesor Dr. Mohd Yahya Mohemd Ariffin
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
33 Profesor Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
34 Profesor Dr. Nik Zainal Abidin Nik Ismail
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
35 Profesor Dr. Che Husna Azhari
Kolej PERMATA Insan

KEURUSETIAAN

Encik Mohd Syafaat Sapari
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Naib Canselor
Aras 4, Bangunan Canselori
Tel: (+60) 06-798 8043 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Puan Yang Fawziah Abd Ghani
Pembantu Tadbir Kanan
Pejabat Naib Canselor
Aras 4, Bangunan Canselori
Tel: (+60) 06-798 8042 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


Pejabat Pentadbiran Canselori, Aras 4, Bangunan Canselori

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: (+60) 06-798 8042/8024 | Fax: (+60) 06-798 8041
Email: webmaster.canselori[at]usim.edu.my