Terma dan Rujukan Jemaah Profesor Universiti

///Terma dan Rujukan Jemaah Profesor Universiti
Terma dan Rujukan Jemaah Profesor Universiti 2019-03-04T08:41:31+00:00

Jemaah Profesor Universiti (JPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditubuhkan sebagai satu badan yang dilibatkan (engage) secara langsung dengan Naib Canselor sebagai kumpulan pemikir (think tank) strategik yang bertanggungjawab memberi idea, menyusun strategi, menasihat dan membuat pengesyoran untuk menambahbaik serta mengukuhkan kedudukan USIM sebagai institusi pendidikan terkemuka berdasarkan falsafah, misi dan bidang tujahan (niche) iaitu integrasi ilmu naqli dan aqli.

  1. Menyumbang idea bagi pemantapan haluan strategik Universiti bersabit komponen Akademik, Penyelidikan dan Inovasi dan Hubungan Luar
  2. Membantu Universiti menerusi kepakaran akademik dan profesional bagi membincang/membahaskan secara ilmiah aspek yang perlu digerakkan oleh USIM untuk muncul sebagai peneraju integrasi ilmu naqli dan aqli.
  3. Membantu Universiti menerusi pengetahuan dan kepakaran bagi mengukuhkan aspek pengurusan institusi, khususnya berkaitan kelestarian kewangan.
  4. Peranan check and balance bagi memastikan halatuju Universiti selari dengan aspirasi Kementerian.
  5. Berfungsi sebagai mentor kepada ahli akademik.
  1. JPU adalah jawatankuasa khas dan bebas di bawah Naib Canselor
  2. JPU dianggotai secara automatik oleh semua profesor warganegara USIM yang bertaraf tetap dan kontrak {samada contract of service atau contract for service}.
  3. JPU mempunyai barisan pengurusan tertinggi untuk mengatur dan menyelaras perjalanannya.

EXCO JPU terdiri daripada

  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Timbalan Setiausaha
  5. Lima orang Exco

Peruntukan kewangan dibajetkan serta diletakkan di bawah Belanja Mengurus Pejabat Naib Canselor.

  1. Mesyuarat JPU diadakan tiga bulan sekali.
  2. Mesyuarat Naib Canselor dengan Exco JPU diadakan tiga bulan sekali.
  3. Perjumpaan Naib Canselor bersama JPU dua kali setahun.

Mengadakan sekurang-kurangnya dua hard talk akademik setahun untuk idea baru kepada Universiti.

Pejabat Naib Canselor
Jabatan Canselori
Aras 4, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia