KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

//KETUA PEGAWAI MAKLUMAT
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT 2019-03-26T09:09:51+00:00

Latar Belakang

Unit Ketua Pegawai Maklumat (CIO) telah ditubuhkan secara rasmi pada 5 Jun 2018. Selaras dengan misi USIM yang menekankan kepada pengunaan teknologi terkini dalam peneraju ilmu baharu dan institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat mampu membawa USIM lebih jauh dalam membantu membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

Sehubung dengan itu, unit CIO menyahut aspirasi USIM tersebut dan bertindak sebagai peneraju transformasi kecemerlangan dalam merancang, menyelaras, mengukuh dan memantau sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan ICT dengan pendekatan keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government) di USIM.  Unit CIO membantu kelicinan urusan pengurusan tertinggi, fakulti, pensyarah, staf pentadbiran, staf sokongan dan pelajar di USIM, dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan governan.

Selain itu, unit CIO bertindak sebagai pemangkin teknologi dengan bekerjasama dengan komuniti kampus dan GOAL-ITQAN (GIQ) untuk memaksimumkan pengunaan teknologi bagi memajukan dan menyokong misi dan aspirasi USIM.

Bagi unit penyelaras data raya (BDO) di bawah unit CIO, ia bertanggungjawab menganalisa dan memberi pelaporan maklumat secara tepat, tersusun,dan mudah dicapai dengan memaksimakan penggunaan teknologi terkini bagi kegunaan pihak universiti dalam membuat keputusan berkaitan maklumat di USIM.

Bagi unit e-Pembelajaran di bawah unit CIO, ia bertanggungjawab bagi menyediakan dan memantau pelaksanaan pelan strategik e-Pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar melalui inovasi dalam teknologi pedagogi, pembelajaran teradun, kursus dalam talian terbuka (MOOC), pembelajaran fleksibel, pembelajaran jarak jauh, sistem pembelajaran berpusat dan bilik pembelajaran dengan kemudahan teknologi terkini.

Visi, Misi & Objektif

VISI

Peneraju transformasi kecemerlangan pembangunan dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di peringkat USIM dan global.

MISI

  • Merancang, menyelaras dan memantau sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan ICT bagi penghasilan pelan strategik, inovasi dan maklumat yang berkualiti bagi  merealisasikan aspirasi USIM.

OBJEKTIF

  • Merancang, menyelaras dan memantau pelan strategik ICT dan e-Pembelajaran, berdasarkan dasar, standard dan amalan terbaik global.
  • Menyelaras pengurusan, penganalisaan dan pelaporan maklumat secara tepat (integrity), tersusun (consistent), selamat (secure) dan mudah dicapai (accessible) dengan memaksimakan penggunaan teknologi terkini bagi kegunaan pihak universiti dalam membuat keputusan.

Carta Organisasi

Fungsi Utama

  • Peneraju dalam perancangan, penyelarasan,pemantauan dan pengukuhan pelan strategik ICT dan e-pembelajaran, dasar, standard dan amalan global ICT terbaik di USIM.
  • Peneraju inovasi melalui aplikasi kerajaan elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT dan mengenalpasti perkhidmatan generasi baru (new generation services) bagi pemegang taruh dan komuniti kampus USIM.
  • Peneraju dalam penyelarasan, penganalisaan dan pelaporan maklumat bagi sistem di USIM untuk keperluan universiti dan pihak berkepentingan dalam membuat keputusan berkaitan ICT
  • Membuat pelaporan berkala hasil analisa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti
  • Menjalin hubungan strategik dalam membantu CIO Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Aktiviti

CIO

  • Menjadi wakil kepada universiti dalam membantu CIO Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Mengemukakan maklum balas kepada Pejabat GCIO mengenai perancangan dan perlaksanaan pembangunan ICT agensi.
  • Memantau pengurusan data untuk kegunaan Pengurusan Tertinggi membuat keputusan.
  • Memantau hasil dapatan analisa data universiti yang diperlukan oleh pihak berkepentingan.
  • Memantau penyelarasan pengumpulan data diperingkat Universiti termasuk data staf, pelajar dan pentadbiran.
  • Memantau dan mengesahkan pengurusan audit data
  • Memantau urusan pentadbiran pejabat CIO
  • Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Projek ICT (JPPICT)

 

Bahagian Penyelaras Data Raya

  • Menyelaras pengurusan data untuk kegunaan Pengurusan Tertinggi membuat keputusan.
  • Menyelaras hasil dapatan analisa data universiti yang diperlukan oleh pihak berkepentingan
  • Menyelaras data diperingkat Universiti termasuk data staf dan pelajar.
  • Memantau dan membantu untuk mengesahkan pengurusan audit data
  • Menjalankan analisa dan menyediakan laporan secara berkala berkaitan data-data universiti
  • Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan pengurusan

 

Bahagian e-Pembelajaran

  • Menyelaras dasar dan garis panduan e-Pembelajaran di Universiti
  • Menyelaras perancangan e-Pembelajaran di Universiti.
  • Melaporkan perkembangan pelaksanaan e-Pembelajaran di Universiti kepada MyCel, MEIPTA dan Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Menyelaras dan memantau pembangunan bahan kandungan digital sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P)

 

Bahagian Pentadbiran

  • Membantu dalam pemantauan dan penyelarasan data dan perancangan strategik ICT di peringkat universiti.
  • Membantu dalam analisa data dan penyediaan pelaporan data berkaitan.
  • Urus setia untuk mesyuarat dan pelaksanaan audit data di bawah Unit CIO.
  • Menguruskan perolehan peralatan pejabat dan latihan kakitangan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan dari semasa ke semasa.

Direktori Staf

PROFESOR MADYA TS. DR. MADIHAH MOHD SAUDI
PROFESOR MADYA DR. MOHAMMAD NAJIB JAFFAR
Penyelaras e-Pembelajaran
DR. AHMAD FADLY NURULLAH RASEDEE
MOHD SYAFAAT SAPARI
Penolong Pendaftar Kanan
ABDUL HADI MAJID NOOR AZAM
Pembantu Tadbir