PENGENALAN

Program Future Muslim Leaders (FML) merupakan sebuah program untuk melahirkan pemimpin yang berketerampilan, berintegriti serta kompeten berdasarkan model Kepimpinan Islam yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya merupakan salah satu daripada inisiatif Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membangunkan bakal pemimpin Islam global dari kalangan mahasiswa-mahasiswinya.

 
  OBJEKTIF

Objektif program ini adalah:

    Melahirkan graduan yang boleh mempimpin dan mengurus organisasi dengan baik serta menghayati nilai-nilai Islam; dan
       
    Melahirkan pemimpin yang berintegriti dan kompeten yang mampu mencorak hala tuju organisasi.
       
  AKTIVITI

  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1 Proses Pemilihan Temuduga, Teambuilding (Penyelaras Program) Pencarian calon peserta
    2 Kursus Kepimpinan dan Kemasyarakatan Modul Kepimpinan (FKP) Sahsiah dan pendedahan kepada etiket dan protoko
  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1 Pementoran Bahasa Inggeris Modul Grooming Pelajar (FPBU) Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris
    2 Sukan dan Rekreasi Modul Sukan (Pusat Sukan) Membina semangat jati diri
    3 Kemasyarakaan - Dakwah Orang Asli dan Pembinaan Sahsiah Sebagai Seorang Dae'i Pendakwah Modul Kepimpinan (FKP) Peningkatan semangat sebagai pendakwah dan kemahiran berkomunikasi
  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1 Mobiliti Outbound - Pertukaran Pelajar Modul Mobiliti (USIM 'Alamiyyah)

    Peningkatan keyakinan dan pendedahan suasana pembelajaran yang baru

    2

    Kemasyarakatan – Dakwah golongan dalam pemulihan dadah

    Modul Kemasyarakatan (ACREDA)

    Peningkatan semangat sebagai pendakwah

    3

    Mentoran (Bahasa Arab-Program Anak Angkat)

    Modul Mobiliti (USIM 'Alamiyyah)

    Peningkatan keyakinan dan penguasaan Bahasa Arab

  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1 Bengkel Inovasi Modul Inovasi (FST)

    Pendedahan kepada pemikiran kreatif dan inovatif dalam rekacipta moden

    2

    Konferen Pemimpin Muda Islam Antarabangsa

    Modul Kepimpinan & Mobiliti

    Membuka jaringan luar negara dan penjanaan kewangan Universiti

    3

    Sukan dan Rekeriasi (Memanah dan Berkuda)

    Modul Sukan (Pusat Sukan)

    Peningkatan semangat jati diri dan pembelajaran sukan sunnah

  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1

    Kursus Keusahawanan

    Modul Keusahawanan (FEM)

    Melahirkan pelajar yang boleh mencipta peluang

    2

    Sukan dan Rekerasi (Berkayak / Mendaki)

    Modul Sukan (HEP)

    Semangat kerja berpasukan dan jati diri

    3

    Kursus Kemasyarakatan – Dakwah Orang Bandar

    Modul Kemasyarakatan (HEP dan FKP)

    Peningkatan semangat sebagai pendakwah

  • BIL AKTIVITI MODUL OUTCOME
    1

    Latihan Industri di Luar Negara atau di GLC

    Modul Mobiliti (USIM 'Alamiyyah)

    Pendedahan kepada dunia korporat

  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Terbuka kepada pelajar tahun satu (1) peringkat Ijazah Sarjana Muda di USIM
  2. Memperolehi keputusan akademik yang baik serta aktif dalam ko-kurikulum
  3. Tidak mempunyai sebarang tindakan tatatertib
  4. Perwatakan kepemimpinan menarik dan pandai berhujah di hadapan orang ramai
  BORANG PERMOHONAN

 Klik disini untuk mengisi borang permohonan